ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau
World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah
mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran
merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine
Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan
berpotensi untuk menjadi pusat 'pandemik' atau wabak yang akan
merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah
mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan
Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah
mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786
orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki
dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang
dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri
merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah
sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya
ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi
ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak
menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku
dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan
sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A
(H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah
sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi
disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini
dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang
mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh
virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus
selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain.
Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan
menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan
Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan
awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap
manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San
Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan
jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di
peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan
jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di
http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm.
Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases
control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang
bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini
(H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia
lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana
mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom
Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini
terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti
demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan
kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang
berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa
penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian
telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia.
Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan
keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Babi
Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema babi ini
dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain.
Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang
lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan.
Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang
disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung
mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang
Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin
boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu
merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna
kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang
kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk
Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah
membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat.
Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum
banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari
menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan
dengan mereka yang sakit..
Adakah Terdapat Ubat Untuk
Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat
seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah
jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah
ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang
melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral
akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia
juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius.
Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk
diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh
Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan
Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus
ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam
simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak,
terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka
masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang
Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang
menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata,
mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari
mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh
merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan
bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan
lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan
mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut
Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah
virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti
meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap
akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari
permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk
Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
-
Buat masa ini
belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema
babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk
membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit
pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini
untuk melindungi kesihatan anda:
-
Tutup/lindung
mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas
menggunakannya.
-
Basuhlah tangan
dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau
selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
-
Mengelak dari
menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan
cara ini.
-
Jika anda sakit
akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau
ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya
mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk
Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
-
Jika anda sakit,
hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
-
Jangan pergi ke
sekolah;
-
Tutup mulut
anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu
mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
-
Buangkan tisu
yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
-
Tutup mulut
anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
-
Basuhlah tangan
kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk
Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan
membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan
air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan
antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan
sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh
digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya.
Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering.
Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak
memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan
Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang
dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan
mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit
badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda
perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang
simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang
ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
Mendapatkan rawatan kecemasan jika
mengalami tanda-tanda awal penyakit;
-
Untuk
kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah
seperti berikut:-
-
Kesukaran
bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
-
Warna kulit
bertukar kebiru-biruan;
-
Tidak minum air
yang secukupnya;
-
Tidak bangun
dan berinteraksi;
-
Tidak suka
dipegang dan asyik merengek;
-
Simptom seperti
selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan
batuk yang lebih teruk;
-
Demam dan
beruam.
Bagaimana Seriusnya
Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain,
kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah
berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.. Antara 2005 hingga
Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal
pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema
babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita
mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital
akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia
8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di
Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu
kematian.
Bolehkah Saya
Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
Selesema babi tidak boleh merebak
melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan
produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak
dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA
KEMENTERIAN KESIHATAN
i. Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk
membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan
pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk
melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat
kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala 'influenza-like
illness' atau 'severe pneumonia' dan mempunyai sejarah melawat
Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada
selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat
Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon
untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di
semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada
melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York
atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus
Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah
kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
-
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang
Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya
kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti
selesema burung atau 'avian flu' yang pernah melanda negara ini.
-
Beliau
bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana
Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh
menyebabkan kematian.
-
Pengawasan itu
membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya
mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
-
Pengawasan di
semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah
berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari
merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar
negara termasuk AS.
-
Orang awam yang
ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus
Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut
melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat
atau di laman web Kementerian
http://www.moh.gov.my
Sumber :
-
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
-
Pusat
Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of
Diseases Control and Prevention) atau CDC
-
Akhbar-akhbar Utama Tempatan
|