Home | The Library | Electronic Resources | User Download | News & Event | Site Map...

 

Tahniah Kepada Kumpulan C-FAR ...

 

20 September 2012- Walau pun buat pertama kali menyertai Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia ke-4, Perpustakaan Kejuruteraan USM tidak kurang hebatnya dengan berjaya  memenangi  tempat ke-3 bagi kategori Teknikal.

Konvensyen Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu tersebut telah diadakan pada 18 dan 19 September 2012  yang lalu bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan penyertaan sebanyak 17 kumpulan   terdiri dari Perpustakaan Awam dan Akademik.

Kemenangan Perpustakaan Kejuruteraan USM menerusi Kumpulan ‘C-FAR‘ telah ‘menambat hati’ juri hakim melalui pembentangan bertajuk “Mengurangkan Kadar Kerosakan Buku di Perpustakaan Kejuruteraan” . 

Menurut Encik Ali Abd Rahim, Timbalan Ketua Pustakawan yang juga ketua delegasi USM, “Kejayaan penyertaan kali pertama ini telah menaikkan semangat ahli kumpulan untuk meningkatkan lagi prestasi untuk penyertaan yang akan datang disamping membantu dalam meningkatkan inovasi dan prestasi perkhidmatan di peringkat Perpustakaan”.

Hadiah untuk setiap pemenang telah disampaikan oleh Naib Yang DiPertua II, Persatuan Pustakawan Malaysia, Puan Maimunah Abd. Kadir .
 
Kepada kumpulan ‘C-FAR’ khususnya dan Perpustakaan Kejuruteraan amnya, warga Kampus Kejuruteraan amat berbangga dan teruja dengan kejayaan anda semua. Teruskan usaha, pasti kejayaan menjadi milik kita. Syabas dan Tahniah!

Sumber Berita : Mokhtar Alfakari Anurbek  & Jamil Kasim (No. Siri:  33/2012 dari laman web kampus kejuruteraan)

Montaj Video C-FAR semasa konvesnyen tersebut boleh dilayari di

URL ini http://u-channel.eng.usm.my/videos/1414/kik_c_far_montaj

Atau klik pada pada 'player' di bawah ini.

Koleksi gambar C-FAR di laman FB KIK C-FAR

http://www.facebook.com/pages/KIK-C-Far/279673802079804

Senarai Penerima Anugerah :-

KATEGORI TEKNIKAL:

Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu

Kedua Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak

Ketiga Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia

 

KATEGORI PENGURUSAN :

Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak ,UiTM, Shah Alam

Kedua Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UTM, Skudai

Ketiga Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia

 

KATEGORI KHAS :

MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya

PENYAMPAI TERBAIK (individu) Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan

 

home

 

©2006 Media & Automation Division@Engineering Library