A La Carte

Perkhidmatan 'A La Carte'

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perpustakaan Kejuruteraan dalam rangka memperkenalkan perkhidmatan baru sebagai tambahan daripada perkhidmatan sedia ada kepada warga kampus.

Selaras dengan itu, Kumpulan KIK menawarkan perkhidmatan “A La-Carte” iaitu proses mendapatkan bahan-bahan melalui pesanan daripada senarai menu yang telah disediakan. Penghantaran buku akan dihantar terus kepada pengguna. Perkhidmatan ini berkonsepkan “mobile library”.

Sebagai makluman, Kumpulan KIK Perpustakaan Kejuruteraan telah ditubuhkan pada 1 Mac 2010. Dianggotai seramai 8 orang dan 1 orang fasilitator. Perkhidmatan yang bakal diperkenalkan adalah merupakan projek terkini yang akan dijalankan oleh Kumpulan KIK.

1) Kenapa “A La-Carte” ?

    • Merupakan projek terbaru Kumpulan KIK;

  • Sebagai tambahan perkhidmatan baru Perpustakaan;

  • Ingin menjadi sebuah organisasi/Jabatan yang mampu memberikan perkhidmatan yang pelbagai.

2) Bila ianya akan dimulakan ?

  • Bermula pada bulan ogos 2013;

  • Setelah jadual dikeluarkan, kumpulan akan bergerak mengikut zon yang telah ditentukan.

3) Mengapakah perkhidmatan “A La-Carte” ini diperkenalkan ?

  • Bagi mengelakkan pengguna menghadapi kekangan masa ke Perpustakaan;

  • Memudahkan pengguna mendapatkan bahan-bahan tanpa perlu ke Perpustakaan.

4) Siapa yang layak menggunakan perkhidmatan ini ?

  • Staf pentadbiran/Staf Sokongan

5) Bagaimana perkhidmatan “A La-Carte” ini berfungsi ?

  • Dengan menyediakan senarai menu buku yang terkini;

  • Senarai buku yang disediakan mengikut kategori buku yang dikatalog dan berada di koleksi Perpustakaan Kejuruteraan sahaja;

  • Senarai menu buku yang disediakan terdiri dari bacaan ilmiah dan bacaan santai;

  • Terdapat 3 kaedah pinjaman :-

             i) Melalui borang manual

             ii) Melalui Online

             iii) Melalui telefon / email.

6) Fakta Statistik :-

Agihan zon :-

Zon A Zon B Zon C
1.Pusat Islam 1.Kej. Awam 1.Jabatan Pendaftar
2.Kej. Elektrik & Elektronik 2.Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi 2.Jabatan Bendahari 
3.Kej. Mekanik 3.REDAC 3.Jabatan Keselamatan
4.Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDAC) 4.Pusat Peng. Bahasa, Literasi & Terjemahan 4.Pejabat Pengarah
5.Kej. Aerongkasa 5.Kej. Bahan & Sumber Mineral 5.Desasiswa Utama
Zon D Zon E
1.Desasiswa Jaya 1.Kejuruteraan Kimia
2.Desasiswa Lembaran 2.Unit Kesihatan
3.Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 3.Pusat Rancangan Kokurikulum
4.UKKP 4.Pusat Penyelidikan Sains & Kerja (Serc)
5.Jabatan Pembangunan 5.Institut Pengajian Siswazah

 

Tempoh pinjaman :-

  • 14 hari (2 bahan)

Waktu operasi :-

  • Selasa dan Khamis

(9.00 pagi—12.00 tengahari);

  • Melalui “road show” ke setiap Jabatan/Pusat Pengajian.

Maklumat lanjut :-

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    5109/ 1059 / 5111

Muat Turun :-

* 21 Nov 2013 - Projek ini dimulakan dengan Jabatan Bendahari sebagai printis

----------------------------------------------------------------------------

Perkhidmatan 'A La Carte'  di Jabatan Bendahari 

Pada 21 November 2013, majlis pelancaran dan taklimat perkhidmatan 'A La Carte' kepada staf Jabatan Bendahari telah diadakan di Dewan Seminar, Pentadbiran. Majlis bermula seawal jam 9:30 pagi dan tamat 10:30 pagi. Ia bertujuan memberi pendedahan mengenai perkhidmatan A La Carte. Semoga perkhidmatan baharu ini akan memberi impak yang positif serta galakan kepada staf untuk mendapatkan sumber yang bernilai seperti buku dari Perpustakaan. Berikut disertakan beberapa gambar untuk tatapan anda.

Taklimat Projek A La Carte telah disampaikan oleh En Irwan Hadi Abd. Ghani (Jurutenik J17) selaku ketua projek di Dewan Seminar, Pentadbiran.

Staf Bendahari sedang membuat tempahan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Bendahari iaitu En Ismail Jamaluddin dan Ketua Jabatan Perpustatakaan Kejuruteraan En Ali Hj. Abd Rahim.

Antara reaksi staf Pentadbiran yang mencuba perkhidmatan ini semasa program Info Hunt 2013 bersempena Seminar Transformasi Perkhidmatan.

Staf bendahari bersama 'Book Drop A La Carte'.

'booth' A La Carte yang dibuka semasa taklimat di Dewan Seminar, Pentadbiran Kejuruteraan.