Home | The Library | Electronic Resources | User Download | News & Event | Site Map...

 

Perkhidmatan 'A La Carte'

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perpustakaan Kejuruteraan dalam rangka memperkenalkan perkhidmatan baru sebagai tambahan daripada perkhidmatan sedia ada kepada warga kampus.

Selaras dengan itu, Kumpulan KIK menawarkan perkhidmatan “A La-Carte” iaitu proses mendapatkan bahan-bahan melalui pesanan daripada senarai menu yang telah disediakan. Penghantaran buku akan dihantar terus kepada pengguna. Perkhidmatan ini berkonsepkan “mobile library”.

Sebagai makluman, Kumpulan KIK Perpustakaan Kejuruteraan telah ditubuhkan pada 1 Mac 2010. Dianggotai seramai 8 orang dan 1 orang fasilitator. Perkhidmatan yang bakal diperkenalkan adalah merupakan projek terkini yang akan dijalankan oleh Kumpulan KIK.

1) Kenapa “A La-Carte” ?

  • Merupakan projek terbaru Kumpulan KIK;

  • Sebagai tambahan perkhidmatan baru Perpustakaan;

  • Ingin menjadi sebuah organisasi/Jabatan yang mampu memberikan perkhidmatan yang pelbagai.

2) Bila ianya akan dimulakan ?

  • Bermula pada bulan ogos 2013;

  • Setelah jadual dikeluarkan, kumpulan akan bergerak mengikut zon yang telah ditentukan.

3) Mengapakah perkhidmatan “A La-Carte” ini diperkenalkan ?

  • Bagi mengelakkan pengguna menghadapi kekangan masa ke Perpustakaan;

  • Memudahkan pengguna mendapatkan bahan-bahan tanpa perlu ke Perpustakaan.

4) Siapa yang layak menggunakan perkhidmatan ini ?

  • Staf pentadbiran/Staf Sokongan

5) Bagaimana perkhidmatan “A La-Carte” ini berfungsi ?

  • Dengan menyediakan senarai menu buku yang terkini;

  • Senarai buku yang disediakan mengikut kategori buku yang dikatalog dan berada di koleksi Perpustakaan Kejuruteraan sahaja;

  • Senarai menu buku yang disediakan terdiri dari bacaan ilmiah dan bacaan santai;

  • Terdapat 3 kaedah pinjaman :-

             i) Melalui borang manual

             ii) Melalui Online

             iii) Melalui telefon / email.

 

6) Fakta Statistik :-

Agihan zon :-

Zon A Zon B Zon C
1.Pusat Islam 1.Kej. Awam 1.Jabatan Pendaftar
2.Kej. Elektrik & Elektronik 2.Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi 2.Jabatan Bendahari
3.Kej. Mekanik 3.REDAC 3.Jabatan Keselamatan
4.Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDAC) 4.Pusat Peng. Bahasa, Literasi & Terjemahan 4.Pejabat Pengarah
5.Kej. Aerongkasa 5.Kej. Bahan & Sumber Mineral 5.Desasiswa Utama
Zon D Zon E  
1.Desasiswa Jaya 1.Kejuruteraan Kimia  
2.Desasiswa Lembaran 2.Unit Kesihatan  
3.Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 3.Pusat Rancangan Kokurikulum  
4.UKKP 4.Pusat Penyelidikan Sains & Kerja (Serc)  
5.Jabatan Pembangunan 5.Institut Pengajian Siswazah  

 

Tempoh pinjaman :-

  • 14 hari (2 bahan)

Waktu operasi :-

  • Selasa dan Khamis

  •  

    (9.00 pagi—12.00 tengahari);

  • Melalui “road show” ke setiap Jabatan/Pusat Pengajian.

Maklumat lanjut :-

 kikcfar@eng.usm.my

    5109/ 1059 / 5111

Muat Turun :-

 

* 21 Nov 2013 - Projek ini dimulakan dengan Jabatan Bendahari sebagai printis

 

home

 

 

©2006 Media & Automation Division@Engineering Library